expr:id='"post-body-" + data:post.id' itemprop='articleBody'>
Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,
(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) PERTUNANGAN DI SISI SYARAK Terbahagi kepada lima cara: - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung. - Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan. - Menggunakan pihak ketiga untuk meminang. - Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh. - Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh. Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.